Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura terus cari pakar ekonomi sokong dasar susuli masalah kian rumit

Menteri Gan Kim Yong berkata analisis makroekonomi pakar-pakar ekonomi "sangat penting" dalam membantu penggubal dasar mengukur dan merancang sokongan yang diberikan kepada perniagaan dan pekerja.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Sep 2022 08:49PM Dikemas Kini : 02 Sep 2022 11:58PM
SINGAPURA: Singapura akan terus mencari pakar ekonomi pemerintah yang berkebolehan untuk menyokong dasar-dasar kerana masalah berkaitan ekonomi menjadi semakin rumit.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong berkata demikian pada Jumaat (2 Sep)dengan merujuk kepada pandemik COVID-19 sebagai contoh.

"Analisis makroekonomi yang dijalankan oleh pakar ekonomi sangat penting dalam membantu penggubal dasar mengukur dan merancang sokongan yang diberikan kepada perniagaan dan pekerja.

"Pakar ekonomi juga menyumbang kepada penilaian langkah-langkah sokongan sedemikian dan kemudian membentuk dasar-dasar bagi masa hadapan," kata Encik Gan.

Berucap di satu dialog bersama pelajar universiti mengenai isu ekonomi, Encik Gan berkata pemerintah akan terus melabur dalam penduduknya bagi memacu pertumbuhan.

Di acara itu, lima pelajar menerima biasiswa untuk menjadi pakar ekonomi sektor awam.
Sumber : CNA/AI/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan