S'pura terima bekalan pertama pil Paxlovid Pfizer untuk rawat COVID-19
Singapura menerima bekalan pertama pil Paxlovid Pfizer, selepas pihak berkuasa mengumumkan pada minggu lalu bahawa mereka meluluskan penggunaan ubat itu untuk merawat pesakit dewasa COVID-19 yang berisiko hidap jangkitan teruk.
Gambar fail.
SINGAPURA: Singapura menerima bekalan pertama pil Paxlovid Pfizer, selepas pihak berkuasa mengumumkan pada minggu lalu bahawa mereka meluluskan penggunaan ubat itu untuk merawat pesakit dewasa COVID-19 yang berisiko hidap jangkitan teruk.
"Bekalan pertama Paxlovid sudah tiba di sini minggu ini," kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung dalam satu catatan Facebook pada Sabtu (12 Feb).
"Ini merupakan ubat antivirus pertama yang diluluskan untuk rawatan COVID-19 di Singapura. Ia diberi secara preskripsi dan diutamakan bagi mereka yang berisiko tinggi hidap jangkitan COVID-19 yang teruk," katanya.
"Dengan lebih banyak pilihan rawatan, kami kini berada dalam kedudukan lebih baik untuk menyediakan penjagaan yang baik bagi warga Singapura yang dijangkiti COVID-19."
Paxlovid didapati boleh mengurangkan risiko kemasukan ke hospital atau kematian disebabkan COVID-19 sebanyak 88.9 peratus apabila rawatan itu diberikan dalam masa tiga hari setelah pesakit mengalami simptom, menurut semakan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) terhadap data klinikal berdasarkan satu kajian Pfizer yang sedang dijalankan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.