S'pura terima 50 tan ayam beku dari Indonesia
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Bay Ismoyo/AFP)
SINGAPURA: Singapura menerima kiriman 50 tan eksport ayam beku dari Indonesia pada Rabu (13 Jul).
Kiriman tersebut adalah yang pertama dilakukan di bawah satu aturan baru, yang membolehkan syarikat-syarikat Indonesia mengeksport produk ayam ke Singapura.
Menurut syarikat Charoen Pokphand Indonesia (CPI), ia mendapat kontrak dari sebuah syarikat pengimport Singapura untuk membekalkan seribu tan daging ayam sehingga hujung tahun ini.
CPI adalah anak syarikat konglomerat makanan Thailand, Charoen Pokphand, yang berpangkalan di Indonesia.
Menurut Agensi Makanan Singapura (SFA), tiga syarikat dari Indonesia sudah diberi kebenaran untuk mengeksport daging ayam dan produk ayam ke Singapura.

Namun buat masa ini, belum pasti bila dua syarikat lain itu akan mula mengeksport produk ayam ke negara ini.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.