Skip to main content

Singapura

S'pura sumbang AS$15 juta kepada CEPI; bantu penghasilan vaksin terhadap penyakit berjangkit

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura sumbang AS$15 juta kepada CEPI; bantu penghasilan vaksin terhadap penyakit berjangkit

(Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 09 Mar 2022 09:01AM Dikemas Kini : 09 Mar 2022 09:02AM

SINGAPURA: Singapura akan menyumbang AS$15 juta (S$20.5 juta) secara keseluruhannya sepanjang tempoh lima tahun mendatang kepada Gabungan Inovasi Kesiapsiagaan Epidemik (CEPI), iaitu sebuah perkongsian sejagat yang bertujuan untuk mempercepatkan penghasilan vaksin terhadap penyakit berjangkit yang baru muncul.

Menteri Kesihatan Ong Ye Kung mengumumkan perkara itu semasa Sidang Puncak Kesiapsiagaan Pandemik Sejagat pada Rabu (9 Mac).

"Sudah lebih dua tahun sejak pandemik melanda, namun dunia masih belum bangkit daripada cengkaman COVID-19."

"Walaupun perkembangan masa hadapan pandemik masih tidak menentu, apa yang kami pasti adalah kami memerlukan respons pelbagai hala yang diselaraskan bagi sebuah krisis yang menular dan melanda pada skala global. Kami tidak akan dapat menyelaraskan respons sepantas penularan varian baru namun kami tetap harus cuba."

Sidang puncak itu di dianjurkan bersama oleh CEPI dan kerajaan United Kingdom (UK).

Menurut laman web CEPI, sidang puncak itu menghimpunkan pemimpin-pemimpin negara untuk menyokong rancangan CEPI yang bernilai AS$3.5 bilion (S$4.7 bilion) dan meneroka tindak balas terhadap penyakit berjangkit seterusnya dengan menghasilkan vaksin yang selamat dan berkesan dalam masa 100 hari.

Encik Ong memberitahu sidang puncak tersebut bahawa melabur dalam keupayaan kesiapsiagaan pandemik rentas negara adalah satu "idea yang berhemah".

Satu bidang utama kesiapsiagaan pandemik adalah pembangunan dan pengeluaran vaksin, kata Encik Ong. Beliau menambah bahawa di sinilah CEPI "memainkan peranan penting dalam seni bina kesihatan global."

Dana berjumlah AS$15 juta (S$20.5 juta) akan disalurkan untuk "menyokong matlamat" yang dibentangkan dalam strategi CEPI 2.0.

Menurut CEPI, strategi 2.0bertujuan untuk membuat persediaan bagi menghadapi ancaman epidemik dan pandemik yang diketahui dengan membangunkan vaksin dan biologik, membina pencapaian COVID-19 dan mengubah tindak balas terhadap ancaman patogen baru yang seterusnya.

Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan COVID-19 menggariskan "kekurangan pelaburan yang baik dalam kesiapsiagaan pandemik."

Encik Ong menggesa semua negara supaya menyumbang "ke arah matlamat bersama kami bagi memperkukuhkan sistem kesihatan global".

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita