S'pura sudah bersedia sempena pembukaan sempadan S'pura-M'sia

(Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menyatakan ia dan pihak di Malaysia sudah bekerjasama untuk menyediakan sumber yang cukup bagi mengurus aliran kenderaan di Koswe dan Link Kedua apabila sempadan darat antara kedua-dua negara dibuka kembali sepenuhnya mulai tengah malam ini.
Menurut ICA lagi ia juga sudah bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan, Penguasa Pengangkutan Darat, pasukan polis dan kastam mengenai perincian pembukaan semula sempadan itu bagi mengurangkan kesulitan kepada orang ramai.
Selain itu, semua pegawai yang terlibat sudah menjalani latihan bagi membiasakan mereka dengan proses kerjanya.
Orang ramai pula diingatkan supaya menyiapkan semua dokumen yang diperlukan dan mematuhi peraturan lain untuk merentasi sempadan itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.