Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura sifatkan tindakan Rusia rampas 4 wilayah Ukraine cabuli undang-undang antarabangsa

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura sifatkan tindakan Rusia rampas 4 wilayah Ukraine cabuli undang-undang antarabangsa

(Gambar: Alexander Nemenov/AFP)

SINGAPURA: Singapura menyatakan pada Sabtu (1 Okt) bahawa keputusan Rusia untuk mengilhakkan secara rasmi empat wilayah Ukraine sebagai sebahagian daripada Rusia melanggar undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 

Presiden Rusia Vladimir Putin mengisytiharkan pengilhakan Donestk, Luhansk, Zaporizhzhia dan Kherson dalam satu upacara besar-besaran di Mosko pada Jumaat (30 Sep). 

Dalam ucapannya kepada elit politik Rusia, Encik Putin berkata langkah yang dikecam oleh Barat itu tidak boleh ditarik balik dan beliau menggesa Ukraine agar berunding untuk menyerah diri. 

Encik Putin memberi isyarat bahawa beliau bersedia untuk meneruskan apa yang disifatkannya sebagai perjuangan demi "Rusia yang lebih bersejarah". Beliau juga mengecam Barat kerana seolah-olah ingin memusnahkan Rusia dan menuduh Washington serta sekutu-sekutunya meletupkan saluran paip gas Nord Stream. 

"Keputusan oleh Persekutuan Rusia untuk menyertakan secara rasmi wilayah-wilayah Ukraine yang diduduki, iaitu Donetsk, Luhansk, Zaporizhzhia dan Kherson, mencabuli undang-undang antarabangsa serta Piagam PBB," tegas Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura pada Sabtu.

"Kedaulatan, kebebasan politik dan integriti wilayah semua negara mesti dihormati." 

Pengisytiharan Rusia mentadbir 15 peratus Ukraine - pengilhakan terbesar di Eropah sejak Perang Dunia Kedua - dibuat menyusuli referendum yang dikutuk oleh pemerintah-pemerintah Kyiv serta Barat sebagai haram dan dilakukan secara paksa. 

Sebagai respons tindak balas, Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat (30 Sep) mengenakan sekatan meluas terhadap Rusia, menyasarkan ratusan individu dan syarikat, termasuk mereka dari kompleks perindustrian ketenteraan dan penggubal undang-undang Rusia. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan