Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura siap sedia untuk lebih banyak kelonggaran sekatan COVID-19, kata Gan Kim Yong

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Mar 2022 07:37PM Dikemas Kini : 23 Mar 2022 08:39PM

SINGAPURA: Singapura sedang bersiap sedia untuk fasa kelonggaran sekatan-sekatan COVID-19.

Namun sedang ia bersedia kembali kepada keadaan normal, Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Gan Kim Yong, berkata negara ini perlu melihat ke tempoh jangka panjang bagi memastikan masa depan Singapura.

Encik Gan berkata demikian di Sidang Puncak Perniagaan Apex, siang tadi (23 Mac).

Singapura kata Encik Gan sedang mula menyaksikan trend menurun kes COVID-19.

Namun hospital-hospital tempatan masih tertekan.

Lantas, kita menurut Encik Gan, perlu memantau perkembangan dalam beberapa hari akan datang, sama ada trend itu akan berkekalan dan jika keadaan akan berubah.

Meskipun rentak kembali kepada keadaan normal semakin rancak, Encik Gan menyeru para peniaga agar melihat lebih ke depan lagi.

Beliau mahu mereka memberikan tumpuan kepada pertumbuhan tempoh sederhana dan jangka panjang serta melaksanakan transformasi ekonomi.

Salah satu cara untuk mencapainya adalah bekerjasama dengan negara-negara ASEAN dalam pendigitalan.

Sumber : CNA/NA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan