Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura, Shanghai pertingkat kerjasama dalam perkhidmatan kewangan, digital

Singapura dan Shanghai, China akan terus meningkatkan kerjasama dalam bidang seperti perkhidmatan kewangan dan keterhubungan digital.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura, Shanghai pertingkat kerjasama dalam perkhidmatan kewangan, digital

(Gambar hiasan: Roslan Rahman/AFP)

SINGAPURA: Singapura dan Shanghai, China akan terus meningkatkan kerjasama dalam bidang seperti perkhidmatan kewangan dan keterhubungan digital.

Menteri Kewangan merangkap Pengerusi Bersama Majlis Kerjasama Menyeluruh Singapura-Shanghai Lawrence Wong berkata demikian pada Khamis (16 Dis) semasa mesyuarat ketiga majlis itu.

Ia menyusuli hubungan ekonomi teguh antara kedua-dua pihak yang menyaksikan perdagangan dua hala dari Januari hingga Julai tahun ini mencapai lebih S$10.7 juta.

Di mesyuarat itu juga, tujuh perjanjian dimeterai meliputi bidang-bidang seperti kewangan mampan.

Encik Wong yang menyaksikan pemeteraian tujuh perjanjian itu berkata Singapura juga akan mengekalkan pertukaran antara rakyat dan institusi bersama Shanghai.

Menurutnya, interaksi sedemikian menguatkan lagi kerjasama ekonomi antara kedua-dua pihak.

Sumber : CNA/RU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan