Skip to main content

Singapura

S'pura seru negara lebih kecil ganding bahu bentuk masa depan bersama

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura seru negara lebih kecil ganding bahu bentuk masa depan bersama
Diterbitkan : 06 Jan 2022 09:04PM Dikemas Kini : 06 Jan 2022 09:08PM

SINGAPURA: Singapura menyeru negara-negara lebih kecil supaya bekerjasama dan membentuk masa depan bersama di tengah-tengah perang dagang antara Amerika Syarikat dengan China.

Menteri Kanan Teo Chee Hean berkata pemerintah-pemerintah perlu bertindak berlandaskan prinsip-prinsip yang memberi manfaat kepada masyarakat sejagat.

Encik Teo memberitahu Forum Tinjauan Serantau tahun ini bahawa langkah seperti itu akan membantu usaha menangani cabaran-cabaran seperti COVID-19 dan daya tahan dalam rantaian bekalan global.

Menurut Encik Teo, peraturan berbilang negara yang berasaskan undang-undang adalah anak kunci utama kepada kemajuan dan pembangunan ASEAN.

Satu lagi bidang utama, katanya, adalah tadbir urus yang baik.

Namun beliau menambah setiap negara perlu mencari formula sendiri untuk mengatasi cabaran-cabaran tempatan serta menyediakan perumahan, jagaan kesihatan dan prasarana lebih baik untuk rakyatnya.

Encik Teo turut menggalak negara-negara agar tidak hanya bergantung kepada negara-negara lebih besar sebagai peneraju.

"Negara-negara lebih kecil ada keupayaan untuk memimpin dan melakukan sesuatu untuk diri sendiri menerusi perkongsian. Kita boleh bersatu seperti negara-negara yang sehaluan untuk membantu mencorakkan peraturan global, misalnya dengan mengambil langkah-langkah bagi menegakkan dan mengemas kini struktur keselamatan atau sistem perdagangan global walaupun sekiranya negara-negara besar tidak dapat melakukannya dalam jangka pendek," kata Encik Teo.

Sumber : CNA/EM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita