Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura seru masyarakat antarabangsa saling kerjasama huraikan jenayah

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 May 2022 08:42PM Dikemas Kini : 18 May 2022 08:51PM

SINGAPURA: Singapura menyeru masyarakat penguat kuasa undang-undang antarabangsa supaya saling bekerjasama demi menghuraikan jenayah-jenayah paling meruncing seperti 'scam' atau penipuan.

Keperluan tersebut disuarakan semasa edisi kesembilan persidangan Milipol Asia-Pasifik 2022, yang dirasmikan Menteri Negara Dalam Negeri, Dr Mohd Faishal Ibrahim.

Ia merupakan persidangan keselamatan dalam negeri yang terbesar di rantau ini.

"Kebanyakan penipuan didalangi sindiket-sindiket jenayah antarabangsa. Tiada negara boleh memenangi perang ini secara sendirian. Agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang perlu bekerjasama untuk mengesan dan membongkar sindiket-sindiket ini agar secara bersama-sama kita menjadi lebih berkesan dalam melindungi penduduk kita daripada penipuan," kata Dr Faishal.

Bagi tujuan itu, Singapura akan bekerjasama dengan pelbagai pertubuhan global seperti Interpol untuk saling berkongsi maklumat dan membanteras sindiket-sindiket jenayah rentas sempadan.

Singapura dan Perancis juga memperbaharui perkongsian strategik selama tiga tahun lagi dalam bidang seperti anti pengganasan, jenayah siber dan pertahanan awam.

Sumber : CNA/DY/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan