Skip to main content

Singapura

S'pura sertai wadah global bangunkan teknologi tenaga bersih bagi kurangkan gas karbon

Singapura akan menyumbang kepada wadah global bagi membangunkan teknologi tenaga bersih dalam sektor yang banyak mengeluarkan gas karbon.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura sertai wadah global bangunkan teknologi tenaga bersih bagi kurangkan gas karbon

Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan PerdaganganS Iswaran. (Gambar: S Iswaran/Facebook)

SINGAPURA: Singapura akan menyumbang kepada wadah global bagi membangunkan teknologi tenaga bersih dalam sektor yang banyak mengeluarkan gas karbon.

Ini selepas Singapura menyertai Perikatan "First Movers" iaitu kerjasama pihak awam dan swasta yang pertama kali diumumkan tahun lalu.

Menteri Pengangkutan S Iswaran berkata langkah itu selaras dengan usaha mengurangkan gas karbon dalam ekonomi.

Encik Iswaran yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan turut menggariskan keutamaan Singapura dalam bidang perdagangan.

PENTING BERUSAHA KE ARAH MASA DEPAN SIFAR KARBON

Singapura menyumbang hanya 0.1 peratus daripada jumlah gas rumah hijau global.

Namun, Encik Iswaran berkata ia penting untuk negara berusaha ke arah masa depan sifar karbon melalui insiatif seperti Pelan Hijau 2030.

Encik Iswaran juga berkata, apa yang dilakukan Singapura melalui kerjasama dengan ekonomi lain juga penting demi mencapai sasaran tersebut.

Encik Iswaran turut berkongsi Singapura sedang berusaha dalam beberapa perjanjian dagangan bebas dalam bidang-bidang baru seperti ekonomi digital dan hijau.

Ini supaya dapat memastikan ekonomi Singapura yang amat bergantung kepada perdagangan kekal terhubung secara global.

"Pendekatan kami sentiasa perlu berdasarkan peraturan. Ia mesti ada struktur yang terbuka dan inklusif dan pendekatan itu akan kami teruskan," kata Encik Iswaran.

Encik Iswaran juga menambah perjanjian dagangan sedia ada akan disemak dan dikemas kini secara kerap memandangkan ekonomi global kian berubah-ubah sepanjang beberapa tahun ini.
Sumber : CNA/RU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita