Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura sertai latihan berbilang hala kendalian Tentera Laut AS

Angkatan-angkatan tentera laut dari 21 buah negara termasuk Singapura dan Amerika Syarikat menamatkan latihan berbilang pihak.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura sertai latihan berbilang hala kendalian Tentera Laut AS

Angkatan-angkatan tentera laut dari 21 negara termasuk Singapura dan Amerika Syarikat menjalani Latihan dan Kerjasama Asia Tenggara (SEACAT).

SINGAPURA: Angkatan-angkatan tentera laut dari 21 buah negara termasuk Singapura dan Amerika Syarikat menamatkan latihan berbilang pihak.

Latihan tersebut melibatkan satu seminar keselamatan tertumpu kepada keadaan maritim serantau dan perkembangan terkini.

Bengkel-bengkel mengenai Sistem Pesawat Tanpa Juruterbang dan cara-cara mencari serta menahan kapal-kapal juga diadakan.

Semasa latihan di laut, kakitangan tentera memanfaatkan maklumat sebenar untuk mengenal pasti kapal-kapal yang berkepentingan.

Pesawat-pesawat serta kapal kemudian dikerahkan untuk menyiasat dan bertindak terhadap potensi ancaman.

Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF) melihat usaha-usaha tersebut sebagai membantu kerjasama maritim serantau.
 
Sumber : CNA/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan