Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura sertai 22 negara wujudkan koridor hijau antara pelabuhan

Singapura akan menyertai 22 negara lain untuk mewujudkan koridor perkapalan hijau antara pelabuhan-pelabuhan. Ia adalah sumbangan negara ini bagi mencapai sasaran-sasaran sejagat untuk menangani perubahan iklim.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Apr 2022 04:09PM Dikemas Kini : 04 Apr 2022 09:32PM

SINGAPURA: Singapura akan menyertai 22 negara lain untuk mewujudkan koridor perkapalan hijau antara pelabuhan-pelabuhan. Ia adalah sumbangan negara ini bagi mencapai sasaran-sasaran sejagat untuk menangani perubahan iklim.

Ia termasuk mengurangkan pengeluaran asap daripada sektor perkapalan sekurang-kurangnya separuh menjelang tahun 2050.

Negara-negara lain yang menyertai Perisytiharan Clydebank itu termasuk Belanda, Sepanyol dan Amerika Syarikat.

Langkah tersebut diumumkan semasa pembukaan Minggu Maritim Singapura.

Pelabuhan-pelabuhan yang menyertai Perisytiharan Clydebank akan menggunakan bahan bakar lebih bersih dan memasang infrastruktur mengecas elektrik.

Teknologi sifar pelepasan juga akan dimanfaatkan dalam pelayaran antara pelabuhan-pelabuhan itu.

Sebelum ini, Singapura mengumumkan akan menguji rintis bot-bot pelabuhan elektrik.

Singapura juga menyertai inisiatif berbilang negara untuk membina kapal tangki pertama di dunia yang menggunakan bahan pembakar ammonia menjelang 2025.

Sumber : CNA/ZM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan