S'pura sasar tingkatkan kesihatan mental dalam semua kumpulan usia
Anggaran Waktu Membaca:
Para peserta di Kelab Masyarakat Pek Kio
SINGAPURA: Kumpulan warga emas membentuk sebahagian besar penduduk di estet perumahan Moulmein-Cairnhill, yang pada zahirnya tampak seperti mempunyai ramai teman. Namun, di sebalik senyuman mereka tersirat seribu makna.
"Warga emas kadang-kala rasa kesunyian," kata Cik Jessica Lum, Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Moulmein-Cairnhill kepada Mediacorp.
“Jadi apabila mereka berkumpul, kami perlukan mereka untuk bertemu secara bersemuka. Mereka kemudian akan berkongsi masalah mereka dan lebih bahagia.”
Maka itu, "kumpulan kesejahteraan" ditubuhkan di kawasan tersebut sebagai satu inisiatif perintis yang bertujuan untuk menghimpunkan penduduk bagi memastikan mereka disediakan dengan kegiatan dan bantuan emosi.
Perusahaan sosial, Happiness Initiative dengan kerjasama Rangkaian Kesejahteraan Mental SG di bawah Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), mengadakan program dipanggil 'Our House Downstairs'.
Program itu menawarkan sesi seni dan kraftangan yang dijalankan oleh rakan masyarakat dipanggil 32cm, yang membantu sekitar 50 penduduk di Moulmein-Cairnhill untuk berinteraksi dan menjalin hubungan menerusi kegiatan di Kelab Masyarakat Pek Kio setiap Khamis.
Inisiatif itu diharap dapat melatih lebih ramai orang untuk bertindak sebagai responden pertama kesihatan mental dalam persekitaran masyarakat seperti di kawasan-kawasan kejiranan dan sekolah-sekolah.
MENDAMPINGI BELIA
Program itu bagaimanapun tidak setakat menyasarkan warga emas yang memerlukan bantuan. Sebuah lagi kumpulan memberi tumpuan untuk mendampingi golongan muda Singapura.
Kumpulan Youth Corps’ Re:ground @ Dungeon di The Red Box di Somerset Road membuka pintunya setiap Khamis dan menawarkan ruang yang selesa, permainan dan sokongan daripada rakan sebaya seperti Cik Anita Chan.
"Apabila golongan belia merasakan mereka ingin berbual dengan seseorang mengenai masalah mereka, kami akan duduk bersama dan berbual dengan mereka. Kami akan memberikan mereka ruang untuk meluahkan perasaan dan jika perlu merujukkan mereka kepada sumber yang relevan seperti bantuan profesional," kata beliau.
Cik Chan yang pernah bergelut dengan masalah kesihatan mental menyertai Program Penyokong Rakan Sebaya Youth Corps Community pada September 2021 untuk membantu individunya.
PROGRAM SOKONGAN BERSASAR
Menurut pakar psikologi, program-program bersasar dapat membantu untuk memberikan lebih banyak sokongan berkesan kepada individu yang bergelut dengan masalah kesihatan mental.
"Ia diadakan di peringkat kejiranan, lantas kurang stigma. Bayangkan jika anda perlu ke Institut Kesihatan Mental (IMH) bagi sesuatu yang tidak begitu serius. Bagi sesetengah orang ia amat sukar," kata Dr Kelvin Ng, perunding kanan di IMH.
Meskipun Dr Ng bersetuju bahawa sokongan peringkat masyarakat dapat membantu dalam mengurangkan tekanan kepada perkhidmatan profesional, beliau bimbang jika terlebih maklumat ataupun maklumat yang tidak betul akan menyebabkan beberapa individu percaya mereka benar-benar sakit.
"Apabila tahap kesedaran meningkat, ada kurang stigma, halangan untuk mendapatkan bantuan, kami mendapati ada beberapa orang yang sebenarnya tidak mengalami masalah kesihatan mental," katanya.
Dr Ng berkata apa yang penting ialah untuk tahu perbezaan antara perasaan resah dan gangguan mental. Dengan latihan yang betul sukarelawan dalam masyarakat boleh membuat perubahan dalam tindak balas kesihatan mental Singapura.
Di mana anda boleh dapatkan bantuan:
Hotline Samaritans of Singapore: 1767
Talian Bantuan Institut Kesihatan Mental: 6389 2222
Talian Bantuan Persatuan bagi Institut Kesihatan Mental Singapura: 1800 283 7019
Anda juga boleh mendapatkan senarai talian bantuan antarabangsa di sini. Jika seseorang yang anda kenali dalam keadaan berisiko, segera hubungi perkhidmatan perubatan kecemasan 24 jam.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.