Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura sambut 60 pelawat pertama dari Batam melalui VTL laut bebas kuarantin

Hampir 60 pelawat dari pulau Batam Indonesia tiba di Singapura pada Jumaat (25 Feb) pada hari pertama Laluan Perjalanan Penumpang Sudah Divaksin (VTL) laut bebas kuarantin dari Batam ke Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura sambut 60 pelawat pertama dari Batam melalui VTL laut bebas kuarantin

Para penumpang feri VTL pertama dari Batam ke Singapura tiba di Terinal Feri Tanah Merah pada 25 Feb 2022. (Gambar: Jeremy Long/CNA)

SINGAPURA: Hampir 60 pelawat dari pulau Batam Indonesia tiba di Singapura pada Jumaat (25 Feb) pada hari pertama Laluan Perjalanan Penumpang Sudah Divaksin (VTL) laut bebas kuarantin dari Batam ke Singapura.

Di Terminal Feri Tanah Merah, para pelawat disambut mesra dan diberikan beg cenderamata mengandungi barang-barangan seperti kipas dan beg kantung. Terdapat juga sepanduk bertulis "Batamfast mengalu-alukan tetamu VTL laut yang pertama ke Singapura!".

Dalam kalangan pelawat itu, 21 adalah warga Indonesia, menurut Encik Chua Choon Leng, pengurus besar pengendali feri Batamfast.

Bagi rakyat Singapura Steven Lim, yang bertugas di sebuah syarikat pengilangan di Indonesia, ini adalah peluang keemasan untuk beliau menziarahi kaum keluarganya di tanah air.

Lelaki berusia 69 tahun itu memberitahu Mediacorp beliau teruja sebaik sahaja mendengar berita tentang VTL tersebut.

"Saya sebenarnya mahu pulang ke Singapura pada Januari semasa Tahun Baru Cina tetapi ketika itu, tiada VTL, jadi saya perlu menjalani kuarantin dua kali (sekali di Singapura dan sekali lagi apabila kembali ke Batam)," kata Encik Lim yang sudah menetap di Batam selama 17 tahun.

VTL laut menawarkan perjalanan lebih cepat untuk pulang ke tanah air, kata warga Singapura, Emran Zainal.

Apbila aturan perjalanan itu diumumkan, beliau berada di Batam untuk menziarahi isteri serta anak-anak perempuannya. Beliau merancang untuk kembali ke Singapura melalui VTL udara. Ini bermakna beliau perlu menaiki penerbangan dari Batam ke Jakarta dan kemudian dari Jakarta ke Singapura.

"Saya memutuskan untuk membatalkan penerbangan VTL saya dan sebaliknya menukar kepada VTL laut kerana ia lebih cepat dan mudah," tambahnya.

PERJALANAN DUA HALA BEBAS KUARANTIN

Selain Batam, VTL laut juga meliputi perjalanan antara Bintan dengan Singapura.

Sebelum ini, Singapura mengumumkan bahawa sebagai permulaan, sehingga 350 pelawat dari Batam dan lagi 350 pelawat dari Bintan akan dibenarkan membuat perjalanan setiap minggu di bawah VTL laut ke Terminal Feri Tanah Merah Singapura.

Khidmat feri yang ditetapkan antara tiga terminal itu akan diusahakan oleh pengendali feri serantau, Batam Fast dan Bintan Resort Ferries.

Bagi pelawat dari Singapura ke Indonesia, mereka boleh berbuat demikian di bawah aturan perjalanan khas yang membolehkan mereka untuk membuat perjalanan dari Terminal Feri Tanah Merah ke Terminal Feri Antarabangsa Nongsapura Batam dan Terminal Feri Telani Bandar Bintan di Bintan.

Berikut adalah persediaan yang perlu dilakukan bagi pelawat yang mahu membuat perjalanan melalui VTL laut antara Singapura dengan Batam atau Bintam.

vtl sg batam

vtl batam sg

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan