Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura sahkan kes baru cacar monyet; 13 setakat ini

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura mengesahkan satu lagi kes cacar monyet membawa jumlah keseluruhan kes yang dikesan di sini, kepada 13.

Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan pesakit itu merupakan seorang lelaki berusia 33 tahun.

Lelaki itu adalah kes tempatan yang tiada kaitan dengan kes-kes sebelum ini dan juga tiada sejarah perjalanan.

Beliau merupakan kes tempatan kelapan yang tiada kaitan dengan kes-kes sebelum ini.

Baki lagi lima kes adalah kes import yang mempunyai sejarah perjalanan ke Kanada, Britain, Amerika Syarikat, Jerman dan Australia.
Sumber : CNA/RU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan