Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura sahkan 1 lagi kes import jangkitan cacar monyet

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura sahkan 1 lagi kes import jangkitan cacar monyet

(Gambar hiasan: Berkay Ataseven/iStock)

Diterbitkan : 07 Jul 2022 10:50PM Dikemas Kini : 07 Jul 2022 10:55PM
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis (7 Jul) mengesahkan satu lagi kes import jangkitan cacar monyet di Singapura.

Pesakit lelaki berusia 36 tahun itu adalah seorang warganegara India yang menetap di Singapura dan baru-baru ini pulang ke sini dari Amerika Syarikat (AS).

Beliau dimasukkan ke dalam wad di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) dan keadaannya stabil, menurut MOH dalam satu kemas kini mengenai situasi cacar monyet di lamannya pada Khamis.

"Lelaki itu mengalami rasa tidak selesa pada bahagian dubur pada 28 Jun dan gejala lain termasuk ruam biasa dikaitkan dengan cacar monyet secara bertahap-tahap sepanjang beberapa hari mendatang," menurut MOH.

Lelaki itu mendapatkan jagaan perubatan pada Rabu dan dibawa ke NCID pada hari yang sama. Beliau diuji positif bagi cacar monyet pada Khamis.

MOH menyatakan pengesanan kontak sedang dijalankan.

Singapura melaporkan kes cacar monyet yang pertama, iaitu kes import, setelah seorang warga Britain berusia 42 tahun yang bekerja sebagai pramugara diuji positif penyakit itu pada bulan lalu.

Negara ini melaporkan jangkitan tempatan pertama cacar monyet pada Rabu (6 Jul), melibatkan seorang lelaki warga Malaysia berusia 45 tahun yang tinggal di Singapura.
Kesemua tiga kes tersebut tidak berhubung kait.

Cacar monyet adalah penyakit virus yang disebabkan oleh jangkitan virus cacar monyet. Ia biasanya adalah penyakit yang dapat pulih dalam masa dua hingga empat minggu.

"Peratusan kecil mereka yang dijangkiti boleh jatuh sakit teruk atau mati. Mereka yang khususnya terdedah kepada komplikasi adalah kanak-kanak, wanita hamil atau individu dengan sistem imun yang mudah terjejas dengan gejala penyakit.

Ia menambah bahawa risiko kepada masyarakat umum kekal rendah memandangkan penularannya memerlukan kontak fizikal rapat atau berpanjangan.
 
Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan