Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura rancang sertai rangka kerja baru Ekonomi Indo-Pasifik

Singapura merancang untuk menyertai Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik yang baru, sebagai petanda penglibatan lebih mendalam Amerika Syarikat di Asia.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura rancang sertai rangka kerja baru Ekonomi Indo-Pasifik

Perdana Menteri Lee Hsien Loong. (Gambar fail: Evelyn Hockstein/REUTERS)

SINGAPURA: Singapura merancang untuk menyertai Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik yang baru, sebagai petanda penglibatan lebih mendalam Amerika Syarikat di Asia.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata wadah tersebut adalah genting bagi rantau ini, terutama apabila banyak negara membuat perkiraan semula, di tengah-tengah keadaan sejagat yang berpecah-belah.

PM Lee berkata demikian dalam satu temu bual bersama Nikkei tentang pelbagai isu seperti konflik di Ukraine.

Semakin lama peperangan di Ukraine, semakin besar risiko ia menjadi lebih buruk dengan kesannya ke atas seluruh dunia.

Dalam satu temu bual bersama Nikkei, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata melihat konflik itu sebagai antara yang baik dengan yang jahat atau demokrasi lawan autokrasi, akan menjadikan konflik itu tanpa kesudahannya.

Jika peperangan global tercetus, PM Lee berkata perbezaannya kali ini ia melibatkan kuasa nuklear dan mungkin sesuatu yang belum pernah terjadi.

Sementara itu, negara-negara termasuk di Asia sudah mula membuat perkiraan semula tentang strategi pertahanan termasuk pengajaran berkaitan isu Taiwan.

PM Lee berpendapat kesimpulannya adalah mungkin mudah untuk memulakan konflik tetapi sukar untuk menentukan bagaimana ia akan berakhir.

Satu kemenangan juga mungkin perlu melibatkan kos yang tinggi dengan kesan yang meluas di peringkat antarabangsa.

Buat masa sekarang, semua negara perlu mematuhi undang-undang antarabangsa dan menyokong institusi global seperti Pertububan Bangsa-Bangsa (PBB) dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).

Namun secara realistik, tambah PM Lee, tidak semua negara akan tunduk kepada apa yang disifatkan sebagai "taraf kedudukan" sesebuah negara.

Lantaran itu, satu keseimbangan kuasa perlu diwujudkan bagi negara-negara lain "mencari persamaan" dan bekerjasama.

Sumber : CNA/RU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan