S'pura rancang pertingkat industri khidmat makanan, manfaatkan teknologi
SINGAPURA: Pemerintah ingin memupuk bakat digital dan memanfaatkan data analisis serta teknologi makanan.
Ia adalah sebahagian daripada strategi lebih luas untuk memperbaharui sektor berkenaan, memupuk bakat tempatan dan mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga manusia.
Hala tuju industri khidmat makanan itu termasuk panduan digital baru untuk membantu syarikat makanan mendakap teknologi serta alat-alat bagi perlindungan data dan keselamatan siber.
Satu program baru juga akan diperkenalkan bagi membantu syarikat-syarikat menembusi pasaran global.
Rakan-rakan industri akan berkongsi pengetahuan dan menghubungkan firma-firma dengan rakan luar negara yang berpotensi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.