Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura punyai tahap perpaduan sosial tertinggi antara negara anggota ASEAN: Tinjauan RSIS

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Sep 2022 05:47PM Dikemas Kini : 06 Sep 2022 11:07PM
SINGAPURA: Singapura mempunyai tahap perpaduan sosial yang tertinggi berbanding negara lain dari Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) diikuti Thailand dan Filipina, menurut satu tinjauan.

Tinjauan tersebut yang dinamakan 'Southeast Asian Social Cohesion Radar' dijalankan oleh zamil kanan adjung, Jolene Jerard, penganalisis kanan, Vishalini Suresh dan Profesor Madya, Paul Hedges dari Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam di Universiti Teknologi Nanyang dari 10 Februari hingga 6 April.

Ia merupakan tinjauan pertama seumpamanya yang dijalankan di Asia Tenggara, dengan penyelidikan terdahulu dijalankan di Eropah.

Laporan tersebut mendapati perpaduan sosial merujuk kepada "keadaan di mana terdapat interaksi yang stabil dalam kalangan anggota masyarakat yang berlaku dalam pelbagai ruang kehidupan manusia".

Para penyelidik tersebut menjalankan tinjauan ke atas 1,000 pemimpin pemikir - 100 daripada setiap sepuluh negara anggota ASEAN yang ditakrifkan sebagai "individu yang memiliki kepakaran dalam bidang akademik, sektor awam, perniagaan, masyarakat sivil dan pertubuhan agama - di mana mereka berada dalam kedudukan yang boleh mempengaruhi pendapat umum".

"Bercakap dengan pemimpin pemikir adalah permulaan yang bijak untuk memahami realiti dan cabaran sebenar," menurut laporan berkenaan.

Data itu dikumpulkan tanpa menyatakan nama melalui tinjauan 20 minit secara online dan melalui tinjauan telefon sekiranya tinjauan online tidak boleh dijalankan.

Soalan-soalan disediakan dalam sembilan bahasa, termasuk bahasa Inggeris, bahasa Indonesia, Melayu, Thai dan Vietnam.

Rangka kerja kajian tersebut merupakan penyesuaian daripada rangka kerja Bertelsmann Stiftung yang mengenal pasti tiga ruang yang menyumbang kepada perpaduan sosial iaitu hubungan sosial, ketersambungan dan tumpuan kepada kebaikan bersama yang kemudiannya disusun lagi kepada tiga dimensi.

KEADAAN PERPADUAN SOSIAL SEMASA

Tahap keseluruhan perpaduan sosial di Asia Tenggara adalah pada 69 peratus. Ini dilihat menerusi peratusan daripada mereka yang melihat perpaduan sosial secara keseluruhan sebagai "kukuh", menurut laporan berkenaan.

Kadar perpaduan sosial di Singapura didapati "tertinggi di rantau Asia Tenggara".

Namun, para penyelidik menarik perhatian bahawa kajian itu tidak boleh dipandang sebagai ranking masyarakat kohesif dari segi sosial yang paling tinggi atau rendah di Asia Tenggara. Ini kerana "metrik boleh diukur mungkin atau mungkin tidak mencerminkan pelbagai faktor tidak ketara dan kualitatif, yang memainkan peranan dalam situasi sebenar perpaduan di mana-mana negara".

Tahap perpaduan sosial mengikut negara seperti berikut:

Singapura – 81 peratus
Thailand – 73 peratus
Filipina – 73 peratus
Indonesia – 73 peratus
Kemboja – 73 peratus
Vietnam – 72 peratus
Laos – 68 peratus
Malaysia – 68 peratus
Myanmar – 65 peratus
Brunei – 57 peratus
Sumber : Today/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan