Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura peruntuk geran S$90 juta dan pusat kajian baru bagi bantu rakyat kekal sihat

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Singapura akan meneruskan rancangannya hendak memperbaiki tahap kesihatan penduduknya serta menangani penyakit pada puncanya.

S$90 juta sedang disalurkan bagi memacu kajian untuk memastikan orang ramai sihat.

Selain itu sebuah pusat baru telah dilancarkan untuk memperbaiki pemberian khidmat jagaan.

Memastikan rakyat Singapura sihat agar tidak perlu dimasukkan ke hospital.

Itulah tumpuan Kementerian Kesihatan (MOH) sejak ia melakar rancangan SG Lebih Sihat pada awal tahun ini.

Geran kajian baru bernilai S$90 juta itu akan meningkatkan lagi usaha tersebut.

"Mengamalkan gaya hidup sihat perlu dimulakan awal untuk memastikan kita terus sihat selama yang mungkin. Ia adalah pencegahan terbaik daripada penyakit atau sakit kronik. Dengan skim geran baru ini, kami berharap dapat menyokong lebih ramai penyelidik dalam kajian kesihatan penduduk yang inovatif sebagai sebahagian daripada usaha SG Lebih Sihat melewati cara-cara tradisional menggalakkan kesihatan, mencegah penyakit dan pemberian khidmat kesihatan," ujar Menteri Negara Kanan Kesihatan Dr Janil Putucheary.

Di samping itu ada sebuah pusat kajian baru khusus bagi tujuan yang sama.

Pusat SingHealth bagi Kajian dan Pelaksanaan Kesihatan Penduduk itu bertujuan memperbaiki jagaan kesihatan dalam masyarakat dengan memanfaatkan data besar dan teknologi.

Ia mempunyai empat bidang kajian termasuk meninjau tahun-tahun awal seseorang bagi mencegah individu berisiko daripada menghidapi penyakit.

Pusat itu juga akan meneroka cara-cara untuk membantu pesakit kencing manis mengawal penyakit mereka dan membantu pesakit yang memerlukan jagaan kompleks.

Warga emas juga akan diberi perhatian dalam kajian tersebut dengan satu projek penting dipanggil EASE yang akan meneliti kesan corak kegiatan seseorang kepada jagaan sendiri dan keperluan sosial orang itu.

Kajian tersebut akan melibatkan 900 warga emas dalam masyarakat untuk melihat bagaimana mereka dapat memperbaiki ruang kehidupan demi membantu kesihatan masing-masing.

Sumber : Agensi berita/RU/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan