Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura perlu perdalam kepakaran, kekuatan untuk perhebat huraian mampan: Grace Fu

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura perlu perdalam kepakaran, kekuatan untuk perhebat huraian mampan: Grace Fu

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 07 Jun 2022 09:38PM Dikemas Kini : 07 Jun 2022 09:39PM

SINGAPURA: Singapura harus memperdalam kepakaran dan kekuatannya agar dapat memperhebat pelaksanaan huraian mampan, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu pada Selasa (7 Jun). 

Dalam ucaptamanya di majlis makan malam sempena pembukaan persidangan kemampanan Ecosperity, Cik Fu berkata, negara ini boleh memanfaatkan kedudukannya sebagai hab kewangan global yang diyakini untuk memacu pertumbuhan kewangan hijau dan khidmat karbon di rantau ini. 

Ini akan membolehkan perniagaan mendapat akses kepada modal yang diperlukan untuk berinovasi, mengendalikan dan melaksanakan projek-projek hijau mereka, katanya. 

Meskipun Singapura kekurangan sumber kuasa tenaga semula jadi yang boleh diperbaharui dan tanah yang terhad, pemeteraian peraturan perdagangan karbon di bawah Persetujuan Paris - juga dikenali sebagai "Artikel 6" - memberi peluang bagi Singapura untuk menyokong negara-negara yang mempunyai sumber-sumber kuasa semula jadi yang tidak digunakan melalui perdagangan kredit karbon. 

Cik Fu menegaskan bahawa kerjasama sektor privet dan awam di Singapura adalah "penting" dalam melakarkan dan memperdagangkan huraian mampan kepada pasaran yang lebih besar. 

Pemerintah juga berminat untuk bekerjasama dengan sektor privet untuk menyokong projek perintis bagi teknologi yang melepaskan karbon yang rendah serta menilai potensi baginya diluaskan, tambah Cik Fu. 

"Walaupun teknologi dan huraian untuk mengurangkan pelepasan karbon masih belum dapat dicapai, atau belum lagi sesuai diperdagangkan, kerjasama dalam kalangan industri dan dengan industri lain akan memberikan kami huraian yang hebat," katanya. 

Bulan lalu, Singapura menyertai inisiatif global yang bertujuan untuk menggunakan kuasa pembelian beberapa syarikat untuk membangunkan pasaran bagi teknologi bersih yang inovatif di lapan sektor. Ini kemudian akan diluaskan atas secara komersil. 

Cik Fu berharap inisiatif sedemikian dapat membuka pintu perniagaan di Singapura untuk memikirkan idea-idea baru dengan rakan-rakan sehaluan dan mendapatkan akses kepada teknologi bagi pelepasan karbon yang rendah. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan