Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura perlu lebih banyak kerjasama bagi masa depan mampan: Grace Fu

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Sep 2022 10:48PM Dikemas Kini : 15 Sep 2022 10:50PM
SINGAPURA: Satu gesaan dibuat bagi lebih banyak kerjasama untuk menjadikan Singapura sebuah bandar lebih berdaya tahan terhadap iklim untuk tempoh 50 tahun akan datang.

Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu berkata pemerintah akan memerlukan pelibatan seramai mungkin penduduk negara ini bagi menjaga sekitaran.

Beliau berkata demikian pada Khamis (15 Sep) di acara sempena ulang tahun ke-50 kementeriannya.

50 pokok ditanam di Punggol sebagai tanda usaha Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) setiap tahun.

Ia termasuk pokok-pokok asli Singapura yang terancam pupus.

Punggol adalah estet eko pertama di Singapura.

Menurut MSE, sejarah Punggol daripada sebuah kampung nelayan yang berubah menjadi estet perumahan mencerminkan perjalanan pembangunan mampan kementerian itu.

Antara detik-detik penting MSE termasuk usaha membersihkan Sungai Singapura yang melibatkan belanja S$170 juta dan tempat pelupusan sampah lepas pantai yang pertama negara ini.
Sumber : CNA/RU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan