Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura perlu bersiap sedia tangani penularan besar COVID-19, kemunculan varian baru

Presiden Halimah Yacob berkata Singapura perlu bersedia untuk menangani penularan besar COVID-19 termasuk varian-varian baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Dec 2021 07:25PM Dikemas Kini : 29 Dec 2021 11:42PM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob berkata Singapura perlu bersedia untuk menangani penularan besar COVID-19 termasuk varian-varian baru.

Dalam mesej akhir tahun yang dimuat naik ke laman Facebook, Puan Halimah menantikan tahun baru dengan penuh harapan.

Ini meskipun keadaan pandemik amat tidak menentu.

Presiden Halimah berkata: "Satu iktibar utama daripada COVID-19 adalah perlunya untuk bersiap sedia bagi kejutan dan krisis. Ini tidak akan menjadi pandemik terakhir. Ia juga tidak akan menjadi kejutan besar yang terakhir kepada ekonomi dan masyarakat kita.

"Kita perlu bangunkan daya bingkas untuk bangkit semula, kedua-dua sebagai ekonomi dan juga individu. Keupayaan kita untuk mengatasi pandemik akan membantu mengukuhkan daya bingkas kita."

Presiden Halimah menarik perhatian tentang kadar vaksinasi Singapura yang tinggi.

Malah program vaksinasi negara ini juga sudah diluaskan kepada golongan kanak-kanak, dengan kesemua slot di ketujuh-tujuh pusat vaksinasi kanak-kanak habis ditempah pada hari pertama pada Isnin lalu (27 Dis).

Sumber : CNA/EM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan