Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura perlu bersiap sedia tangani kemunculan ancaman baru teknologi, kata Teo Chee Hean

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura perlu bersiap sedia tangani kemunculan ancaman baru teknologi, kata Teo Chee Hean

HTX sedang membangunkan peranti yang boleh mengesan jika ada percubaan untuk menipu mengikuti penukaran warna di kulit. (Gambar: Try Sutrisno Foo/CNA)

Diterbitkan : 05 Apr 2022 06:10PM Dikemas Kini : 05 Apr 2022 06:11PM

SINGAPURA: Singapura perlu memastikan segala dasar dan doktrin negara ini perlu sejajar dengan bahaya baru yang timbul daripada perkembangan teknologi.

Menteri Kanan Teo Chee Hean berkata itulah salah satu cara untuk agensi-agensi keselamatan Singapura boleh menentang individu-individu yang semakin mahir teknologi.

SM Teo berkata demikian semasa merasmikan persidangan pertama anjuran Agensi Sains dan Teknologi Home Team (HTX).

"Walaupun teknologi memberi kita keupayaan baru untuk tangani kedua-dua jenayah fizikal dan siber, ia juga boleh menimbulkan masalah. 

Contohnya, kamera pengawasan dan teknologi mengecam wajah boleh membantu dari segi keselamatan tetapi ia juga menimbulkan persoalan tentang privasi. Kita perlu tetapkan garis pandu yang jelas serta kepiawaian dalam penggunaan teknologi untuk memberi perlindungan serta mengekalkan kepercayaan dan keyakinan," katanya. 

Sempena persidangan itu, pameran yang menampilkan pelbagai tekonologi yang dikembangkan oleh HTX juga diadakan. Ini termasuk jamban canggih di mana pengambilan dan ujian air kencing untuk mengesan dadah dapat dilakukan secara automatik.

Sistem itu dapat mengecam identiti orang yang menjalani ujian, mengesan jika ada percubaan untuk menipu serta menentukan hasil ujian dengan segera.

Sistem itu akan diuji selama empat bulan di pusat penyeliaan masyarakat di Selarang Park mulai September ini.

Satu lagi teknologi baru adalah pengusung bermotor untuk membantu para pegawai SCDF.

Hanya seorang pegawai diperlukan untuk mengendalikannya, berbanding sehingga tiga pegawai untuk menggunakan pengusung sedia ada.

Sekitar 3,000 peserta dijangka menghadiri persidangan tiga hari itu yang berakhir pada 8 April.

Sumber : CNA/IQ/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan