S'pura perhebat persiapan laksana tahap keselamatan siber selanjutnya
SINGAPURA: Singapura sedang membuat persiapan bagi melaksanakan tahap keselamatan siber yang selanjutnya.
Ia menjanjikan rangkaian keselamatan yang teguh bagi prasarana penting.
Ujian yang dipanggil teknologi komunikasi selamat kuantum akan dijalankan.
Ia direka untuk menangkis ancaman pengkomputeran kuantum yang dikatakan berjuta kali lebih pantas daripada komputer tradisional.
Inisiatif itu akan menerima S$8.5 juta dalam tempoh tiga tahun.
Walaupun komputer kuantum terlalu kecil untuk memecahkan penyulitan data, usaha menangani ancaman keselamatan siber menjadi semakin mendesak seiringan dengan kemajuan teknologi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.