Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura, New Zealand perlu kerjasama perkukuh usaha kemampanan sektor penerbangan: Iswaran

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Apr 2022 06:38PM Dikemas Kini : 20 Apr 2022 09:03PM

SINGAPURA: Perjanjian yang dimeterai antara Singapura dengan New Zealand akan mengkaji kemungkinan laluan hijau antara kedua-dua negara, di mana pesawat-pesawat menggunakan bahan pembakar diperbuat daripada tanaman dan minyak sisa.

Skala, kos dan keberkesanan teknikal serta komersil daya usaha sedemikian akan dikaji di bawah satu kerjasama antara kedua-dua negara.

Ini termasuk menyelaraskan proses penyelidikan dan pembangunan (R&D), menguji cuba dan mempermudahkan pembangunan bahan pembakar yang mampan.

New Zealand dan Singapura juga akan berkongsi data dalam bidang-bidang seperti dasar dan pengawalan, perancangan prasarana serta transformasi tenaga kerja.

Kerjasama tersebut menurut Menteri Pengangkutan S Iswaran, boleh menjadi penunjuk arah bagi mengurangkan pengeluaran karbon, sektor penerbangan.

Encik Iswaran dan PM Arden menyaksikan pemeteraian perjanjian itu di Jewel Lapangan Terbang Changi pada pagi tadi (20 Apr). 

Sumber : CNA/AA/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan