Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura, New Zealand akan bekerjasama dalam perubahan iklim dan ekonomi hijau

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura, New Zealand akan bekerjasama dalam perubahan iklim dan ekonomi hijau

Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern and Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong di Istana. (Gambar fail: Jeremy Long)

Diterbitkan : 19 Apr 2022 02:26PM Dikemas Kini : 19 Apr 2022 06:08PM

SINGAPURA: Singapura dan New Zealand akan bekerjasama dalam perubahan iklim dan ekonomi hijau, sebagai sebahagian daripada perkongsian yang dipertingkatkan.

Sebagai permulaan, bidang-bidang yang ditumpukan termasuk pasaran karbon, pengangkutan yang mampan dan pengurusan sisa.

Ini diumumkan semasa lawatan Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern ke Singapura - lawatan ke luar negara pertamanya sejak pandemik COVID-19 bermula.

"Kita memerlukan kerjasama yang lebih kukuh dalam kalangan negara-negara untuk melindungi masyarakat dan tempat yang paling mudah terjejas di planet kita. Pada masa yang sama, Kita melihat peluang-peluang untuk bekerjasama secara praktikal apabila kami mengguna pakai teknologi rendah karbon dan hijau.

"Teras kerjasama baru ini mencerminkan komitmen kita bersama untuk melaksanakan Perjanjian Paris dan bekerjasama untuk merebut peluang pertumbuhan dalam ekonomi hijau," ujar Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

"Kita tidak boleh secara kolektif setakat mengubah semula pendekatan kita kepada perniagaan bercorak tinggi pelepasan karbon sebagai satu pendekatan biasa. Di peringkat sejagat kita sudah memasuki zaman tindakan dan itu termasuk sektor privet juga. Tiada pemerintah yang boleh melakukannya bersendirian. Ia memerlukan usaha sama yang kuat. Dan saya tahu delegasi perniagaan yang mengiringi saya bersetuju mengenai perkara ini.

"Saya percaya kerjasama dengan Singapura ini akan menyumbang kepada peralihan ke arah ekonomi rendah karbon yang perlu dilaksanakan pada tahun-tahun mendatang kerana kedua-dua negara berusaha untuk memenuhi komitmen Perjanjian Paris," kata Perdana Menteri Jacinda Ardern

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan