Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura mungkin punya akses kepada vaksin baru denggi tahun depan

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura mungkin punya akses kepada vaksin baru denggi tahun depan

(Gambar: Try Sutrisno Foo/CNA)

SINGAPURA: Singapura mungkin mendapat akses kepada vaksin denggi yang baru pada tahun depan. Ia sesuai baik bagi individu yang sudah dijangkiti denggi mahupun mereka yang belum dijangkiti penyakit tersebut. 

Gergasi farmaseutikal Jepun, Takeda, baru-baru ini menghantar calon vaksinnya untuk diluluskan di Eropah serta negara-negara di mana denggi adalah endemik, seperti Singapura, kata pakar veteran penyakit berjangkit Tikki Pang pada Selasa (14 Jun). 

Buat masa ini, Dengavaxia merupakan satu-satunya vaksin denggi yang diluluskan di seluruh dunia tetapi ia khas untuk mereka yang pernah dijangkiti penyakit tersebut. 

Oleh itu, vaksin buatan Takeda akan menjadi yang pertama untuk mengatasi kekurangan tersebut sekiranya ia diluluskan untuk penggunaan. 

"Mungkin dalam masa setahun, anda akan melihat calon vaksin denggi Takeda diluluskan di sesetengah negara," kata Profesor Pang, seorang profesor pelawat di Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew di Universiti Nasional Singapura (NUS). 

Beliau bercakap kepada Mediacorp selepas Takeda dan satu lagi syarikat, MSD, membuat pembentangan mengenai perkembangan vaksin masing-masing di Sidang Puncak Denggi Asia kelima yang diadakan di Singapura. 

Vaksin berpotensi keluaran Takeda, TAK-003, diuji 84 peratus berkesan terhadap mencegah kemasukan ke hospital. Ia juga 61 peratus berkesan dalam menghalang penyakit bergejala, tanpa sebarang risiko keselamatan utama dikenal pasti, menurut data daripada ujian klinikal Fasa 3 yang diterbitkan enam hari lalu dan dibentangkan pada Selasa (14 Jun). 

Perlindungan daripada vaksin itu setakat ini bertahan selama empat setengah tahun sejak ia diberikan. 

Profesor Pang, yang menyifatkan dapatan itu sebagai "merangsangkan", berkata: "Terdapat banyak perkembangan yang penting, dan mungkin boleh dianggap sebagai satu evolusi ke arah menghasilkan vaksin yang lebih baik berbanding yang pertama." 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan