S'pura mungkin gubal undang-undang cegah budaya penolakan jika ada 'huraian sesuai': Shanmugam
Anggaran Waktu Membaca:

Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam. (Gambar: Raj Nadarajan/Today)
SINGAPURA: Pemerintah menimbangkan kemungkinan mengadakan undang-undang bagi mencegah budaya penolakan atau 'cancel culture'.
Ini sedang Pemerintah membuat persiapan untuk memansuhkan undang-undang yang melarang hubungan seks sesama lelaki.
Dalam menjawab pertanyaan Cik Haslinda Amin, ketua koresponden antarabangsa Bloomberg Televisyen bagi Asia Tenggara, Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam berkata kumpulan-kumpulan agama dan juga LGBTQ memaklumkan kepada Pemerintah bahawa mereka dikecam atas pandangan-pandangan mereka.
Beliau menegaskan orang ramai digalak meluahkan pendangan selagi ia tidak menyinggung perasaan dan tidak berbaur kebencian.
Encik Shanmugam berkata Pemerintah sedang meneliti isu itu.
Jika huraian-huraian tepat dapat dihasilkan rang undang-undang mungkin dibentangkan.
Ditanya tentang hukuman mati di Singapura pula,
Encik Shanmugam berkata Pemerintah perlu bertindak demi kepentingan rakyat.
Beliau menegaskan kesan pencegahan terhadap pengedaran dadah dalam hukuman mati telah menyelamatkan ribuan nyawa.
Beliau juga menarik perhatian lebih 80 peratus rakyat Singapura menyokong hukuman mati mandatori setakat tahun lalu.
Rancangan temu bual itu disiarkan pada Khamis (15 Sep).

Sumber : Today/ZA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.