Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura mula import tenaga boleh diperbaharui dari Laos melalui Thailand, Malaysia

Singapura mula mengimport tenaga yang boleh diperbhaarui dari Laos melalui Thailand dan Malaysia hari ini (23 Jun), menyusuli persetujuan awal pembelian tenaga selama dua tahun ditandatangani antara Keppel Electric dan Electricite du Laos (EDL) yang dimiliki pemerintah Laos.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura mula mengimport tenaga yang boleh diperbhaarui dari Laos melalui Thailand dan Malaysia hari ini (23 Jun), menyusuli persetujuan awal pembelian tenaga selama dua tahun ditandatangani antara Keppel Electric dan Electricite du Laos (EDL) yang dimiliki pemerintah Laos.

Projek Penyepaduan Tenaga Lao PDR-Thailand-Malaysia-Singapore (LTMS-PIP) akan mengimport sehingga 100 megawatt (MW) hidrotenaga yang boleh diperbaharui menggunakan saling hubungan sedia ada, sekali gus menandakan perdagangan bekalan elektrik rentas sempadan berbilang peringkat yang pertama melibatkan empat negara ASEAN.

Ini sama dengan sekitar 1.5 peratus permintaan elektrik tertinggi Singapura pada 2020, yang juga cukup untuk memberi tenaga kepada sekitar 144,000 flat HDB empat bilik selama setahun.

Ini juga import tenaga boleh diperbaharui yang pertama ke Singapura, menurut Keppel Electruc, EDL Kementerian Tenaga dan Lombong Laos dan Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) dalam kenyataan media bersama.

Projek itu akan memberi manfaat kepada semua empat negara yang terlibat dengan memudahkan pembangunan pasaran serantau bagi perdagangan elektrik, menggalak pelaburan dan meningkatkan keselamatan bekalan elektrik serantau serta tahap daya saing kos, dedah agensi-agensi itu.

Ia juga akan menyumbang kepada matlamat kemampanan Singapura di bawah Pelan Hijau 2030 dengan memanfaatkan banyak tenaga yang boleh diperbaharui daripada rantau ini.

Matlamat tenaga mampan Singapura termasuk menyahkarbon sektor tenaga dan mempelbagaikan sumber bekalan tenaga bagi meningkatkan keselamatan.

LTMS-PIP bertindak sebagai "pencari laluan" ke arah kesedaran visi lebih meluas bagi grid tenaga ASEAN (APG), menurut agensi-agensi itu.

APG akan membolehkan perdagangan elektrik berbilang peringkat menjangkaui negara-negara jiran di rantau ini. Ia "inisiatif penting serantau untuk meningkatkan ketersambungan, keselamatan tenaga dan kemampanan melalui saling hubungan antara elektrik sedia ada," jelas kenyataan itu.

LTMS-PIP adalah salah satu percubaan yang sedang dilakukan EMA sebagai sebahagian daripada matlamat negara untuk mengimport sehingga empat gigawatt bekalan elektrik rendah karbon menjelang 2035, yang akan membentuk sekitar 30 peratus bekalan elektrik Singapura pada tahun itu.

Keppel Electric adalah entiti pertama yang diberikan lesen pengimport elektrik oleh EMA.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan