Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura, M'sia terus bekerjasama rapat pulihkan segera ekonomi, kata PM Lee

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata Singapura dan Johor akan terus bekerjasama agar ekonomi kedua-dua negara dapat pulih dengan cepat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Apr 2022 06:47PM Dikemas Kini : 19 Apr 2022 12:41AM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata Singapura dan Johor akan terus bekerjasama agar ekonomi kedua-dua negara dapat pulih dengan cepat.

Ini sedang kegiatan rentas sempadan kembali rancak menyusuli pembukaan semula pusat pemeriksaan darat antara Singapura dengan Malaysia.

PM Lee bertemu dengan Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi yang berada di Singapura atas lawatan rasmi.

Mereka membincangkan kerjasama Singapura-Johor serta cara-cara untuk meningkatkan usahasama tersebut.

PM Lee menambah beliau berharap dapat ke seberang tambak pada masa terdekat atas undangan Encik Onn Hafiz.

Sumber : CNA/RU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan