Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura, M'sia teliti masa, butiran operasi longgarkan langkah rentas sempadan darat

Pihak berkuasa di Singapura dan Malaysia sedang berbincang mengenai bila dan bagaimana langkah-langkah merentas sempadan darat antara kedua-dua negara boleh dilonggarkan. Ia akan berkongsi butirannya apabila sudah siap nanti, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong pada Jumaat (11 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura, M'sia teliti masa, butiran operasi longgarkan langkah rentas sempadan darat

Sebuah bas membawa penumpang merentasi Koswe antara Singapura dengan Malaysia pada 29 Nov 2021. (Gambar: AP Photo)

Diterbitkan : 11 Mar 2022 10:26PM Dikemas Kini : 11 Mar 2022 10:26PM

SINGAPURA: Pihak berkuasa di Singapura dan Malaysia sedang berbincang mengenai bila dan bagaimana langkah-langkah merentas sempadan darat antara kedua-dua negara boleh dilonggarkan. Ia akan berkongsi butirannya apabila sudah siap nanti, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong pada Jumaat (11 Mac).

Awal minggu ini, Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob mengumumkan negara itu akan membuka semula sepenuhnya sempadan negara itu pada 1 April sedang ia mula beralih ke fasa endemik COVID-19.

Dalam respons kepada pertanyaan Mediacorp berhubung pengumuman Encik Ismail Sabri itu, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) menyatakan butiran mengenai merentas sempadan darat masih sedang dilakarkan.

Mulai Isnin, kuota harian bagi penumpang di bawah aturan perjalanan penumpang sudah divaksin (VTL) menggunakan bas pesiaran antara Singapura dengan Malaysia akan ditambah daripada 2,160 kepada 3,420.

Ini di samping VTL udara antara Singapura dengan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Ketika menjawab soalan wartawan pada Jumaat tentang "penanda aras" yang dipertimbangkan Pemerintah, Encik Gan berkata ini termasuk "perincian operasi".

"Saya boleh berkongsi bahawa kami akan meneroka kereta, motosikal dan bas tambahan, termasuk bas pesiaran swasta, yang mungkin ditempah oleh syarikat-syarikat untuk pekerja mereka berulang-alik," kata Encik Gan semasa sidang media maya yang dianjurkan oleh Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) COVID-19.

"Kami sedang meneroka pelbagai aspek dan ini juga melibatkan penyesuaian ketara dan memperhalusi operasi di lapangan."

Beliau menekankan bahawa buat masa ini, terdapat beberapa ribu orang merentasi kedua-dua negara dalam sehari sementara "pada masa akan datang", mungkin terdapat "jumlah tinggi" orang yang berbuat demikian pada setiap hari.

"Maka itu, ia adalah satu usaha besar," kata Encik Gan.

"Penguasa darat kami, jabatan imigresen kami sedang berbincang rapat dengan rakan-rakan sejawatan kami (dari Malaysia) dan sedang meneliti butiran operasi bagi memastikan bahawa apabila kami sudah boleh membenarkan lebih banyak trafik merentasi sempadan, ia boleh dilakukan dengan lancar dan selamat."

Menteri Kesihatan Ong Ye Kung menambah bahawa tempoh masa untuk melonggarkan sekatan itu juga sedang dibincangkan kementerian kesihatan kedua-dua negara.

"Kedua-dua kementerian kesihatan saling berhubungan dan saya rasa kami memerlukan masa untuk memastikan masanya adalah tepat... ia mesti dilakukan apabila keadaan pandemik di kedua-dua pihak mengizinkannya," kata beliau sambil menambah bahawa tarikh berkenaan tidak boleh "ditentukan lebih awal".

"Namun, ini adalah sesuatu yang kami sedang pantau dengan rapi dan apabila keadaan mengizinkan, kemudian baru kami boleh bercakap tentang pembukaan semula," kata Encik Ong.

Sumber : CNA/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa