Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura & M'sia setuju perkukuh kerjasama ekonomi digital, hijau

Singapura dan Malaysia bersetuju untuk memulakan perbincangan mengenai rangka kerja kerjasama berkaitan ekonomi digital dan hijau dengan matlamat untuk memuktamadkannya pada tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura & M'sia setuju perkukuh kerjasama ekonomi digital, hijau

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong dan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali. (Gambar: MTI)

KUALA LUMPUR: Singapura dan Malaysia bersetuju untuk memulakan perbincangan mengenai rangka kerja kerjasama berkaitan ekonomi digital dan hijau dengan matlamat untuk memuktamadkannya pada tahun ini.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong dan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali mengadakan pertemuan di Kuala Lumpur hari ini (30 Jun) dan bersetuju bahawa Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) yang dilancarkan baru-baru ini mempunyai kepentingan strategik dan ekonomi ke arah mengukuhkan ekosistem perdagangan di rantau ini dan memberikan dorongan untuk mengoptimumkan faedah berlipat kali ganda.

Encik Mohamed Azmin dalam kenyataan bersama berkata aspek digital dan hijau segera menjadi bentuk asas ekonomi.

Oleh itu, memulakan kerjasama dalam kedua-dua bidang itu akan membawa manfaat yang lebih luas kepada perniagaan di kedua-dua negara, iaitu dalam aspek keusahawanan, perindustrian, pelaburan dan perdagangan, menurut kenyataan tersebut.

Rangka kerja kerjasama itu juga untuk kedua-dua negara mewujudkan program yang boleh dilaksanakan dan disasarkan untuk menyumbang ke arah hubungan ekonomi global yang mampan, termasuk yang digalakkan melalui Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), katanya.

Pandemik COVID-19 menekankan pentingnya kesalinghubungan digital antara negara, selain mempercepatkan transformasi digital untuk model perniagaan tradisional.

Oleh itu, katanya lagi, untuk mempersiapkan fasa pertumbuhan seterusnya dalam ekonomi digital, penting bagi Singapura dan Malaysia menggalak kesalingoperasian dan kerjasama yang lebih baik.

Sementara itu, Encik Gan berkata ekonomi digital dan hijau menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi dan perbincangan mengenai rangka kerja kerjasama itu akan memberikan manfaat yang ketara kepada kedua-dua ekonomi.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan