Skip to main content

Singapura

S'pura, M'sia sahkan sokongan bersama, alu-alukan pembukaan semula sempadan

Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri pada Rabu (18 Mei) dan mereka mengesahkan sokongan bersama oleh kedua-dua negara semasa pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:

Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri pada Rabu (18 Mei) dan mereka mengesahkan sokongan bersama oleh kedua-dua negara semasa pandemik COVID-19.

Diterbitkan : 19 May 2022 07:33AM Dikemas Kini : 19 May 2022 09:10PM

SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri pada Rabu (18 Mei) dan mereka mengesahkan sokongan bersama oleh kedua-dua negara semasa pandemik COVID-19.

Dr Balakrishnan dan Encik Ismail Sabri juga mengalu-alukan pembukaan semula sepenuhnya sempadan darat dan udara antara Singapura dengan Malaysia.

Demikian menurut Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) dalam satu kenyataan.

MFA menambah bahawa Dr Balakrishnan kemudian bertemu dengan rakan sejawatannya dari Malaysia, Encik Saifuddin Abdullah di Putrajaya dan mereka "berunding mengenai kerjasama dua hala yang sedang berlangsung, dan bersetuju bahawa ia tetap berkembang dengan pantas walaupun di tengah-tengah pandemik dan sekatan perjalanan".

Kedua-dua menteri luar juga membincangkan bagaimana kedua-dua pihak dapat terus bekerjasama dan saling menyokong semasa pemulihan ekonomi pasca pandemik, termasuk dari segi pelancongan dan hubungan lebih rapat antara penduduk.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita