Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura, M'sia bincang perbaiki perjalanan rentas sempadan, pulihkan ekonomi

Anggaran Waktu Membaca:
01:04 Min
S'pura, M'sia bincang perbaiki perjalanan rentas sempadan, pulihkan ekonomi 
Diterbitkan : 11 Aug 2022 10:57PM Dikemas Kini : 11 Aug 2022 10:57PM

ISKANDAR PUTERI: Rancangan bagi perjalanan lebih lancar antara Singapura dengan Malaysia sedang dibincangkan.

Ini dengan kerjasama lanjut bagi perjalanan lancar baik melalui Koswe ataupun laluan laut.

Itulah antara tumpuan mesyuarat Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Malaysia-Singapura bagi Iskandar Malaysia (JMCIM) yang berlangsung awal Khamis (11 Ogos). 

(Gambar: S Iswaran/Facebook)

JMCIM menyentuh tentang rancangan Malaysia untuk mengadakan lebih banyak laluan khusus bagi motosikal Malaysia melepasi imigresen, meningkatkan ketersambungan rentas sempadan bagi pejalan kaki serta kemungkinan khidmat feri baru antara Puteri Harbour dengan Tuas.

Ia turut menekankan kepentingan dalam menyediakan pelbagai jenis pengangkutan dan pilihan penyambungan lain untuk perjalanan merentas sempadan di antara Malaysia dan Singapura. 

“Bagi tujuan ini, JMCIM mengalu-alukan perkhidmatan feri baru antara Singapura dan Desaru yang bermula bulan lepas.

“Kumpulan Kerja Imigresen terus bekerjasama rapat untuk memastikan kelancaran pergerakan orang ramai dan barangan merentas sempadan dan telah berjaya menguruskan bilangan pengembara yang meningkat sejak sempadan darat dibuka semula pada 1 April 2022,” menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Khamis (11 Ogos). 

JMCIM juga mengalu-alukan rancangan Singapura untuk membangunkan semula dan memperbesar Pusat Pemeriksaan Woodlands bagi meningkatkan keselamatan, membolehkan lebih banyak proses automatik dilaksanakan melalui Konsep Pelepasan Baru Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), serta mengurangkan tempoh menunggu.

Kedua-dua negara juga bersetuju untuk bekerjasama lebih rapat berhubung kenderaan elektrik (EV) serta membolehkan pemandu EV mengecas kenderaan dengan mudah di kedua-dua negara.

Agensi-agensi utama dari kededua pihak juga menyatakan mereka akan melaksanakan kegiatan promosi pelaburan pada tahun akan datang bagi memudahkan pelaburan di Iskandar, Malaysia.

Sumber : Bernama/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa