Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura meterai perjanjian dengan AS, Britain untuk majukan kemampanan sektor penerbangan

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Sep 2022 05:44PM Dikemas Kini : 29 Sep 2022 08:44PM
MONTREAL: Singapura memeterai perjanjian dua hala dengan Amerika Syarikat dan Britain untuk bekerjasama bagi memajukan kemampanan dalam sektor penerbangan.

Menteri Pengangkutan S Iswaran menandatangani dua perjanjian itu dengan rakan-rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat dan Britain di Perhimpunan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) di Montreal, Kanada, menurut satu catatan di Facebook beliau pada Khamis (29 Sep).

Singapura dan Amerika bersetuju untuk bekerjasama dalam bidang-bidang seperti minyak pesawat yang mesra alam serta laluan pantas antara kedua-dua negara.

Singapura juga menyemak Perjanjian Ruang Udara Terbuka dengan Britain. Ini memandangkan Britain sudah keluar dari Kesatuan Eropah.

Semakan itu bertujuan mengkhususkan hak lalu lintas udara kepada syarikat-syarikat penerbangan berpangkalan di Britain.

Selain itu, Singapura dan Britain bersetuju untuk bekerjasama dalam pembangunan mampan sektor penerbangan.
Sumber : CNA/ZM/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan