Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura meterai kerjasama pertingkat daya bingkas teknologi, bangun kemahiran keselamatan siber

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Apr 2022 06:16PM Dikemas Kini : 05 Apr 2022 09:01PM

SINGAPURA: Beberapa perjanjian dimeterai untuk meningkatkan teknologi dan keselamatan siber agar sektor itu dapat lebih bertahan daripada gangguan.

Ini termasuk kerjasama baru antara sembilan pihak privet dan awam untuk membangunkan kemahiran serta bakat keselamatan siber dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Kumpulan ini yang diterajui pihak industri akan bertemu buat pertama kalinya lewat tahun ini untuk memacu kerjasama dan berkongsi maklumat.

Perjanjian lain termasuk lagi $28 juta untuk membina Pelabuhan Jurong dalam tempoh lima tahun akan datang dengan tumpuan kepada bidang seperti automasi dan minyak mesra alam.

Pihak berkuasa juga meningkatkan ujian komersil bagi khidmat penghantaran menggunakan dron dan menggunakan dron bagi operasi harian.

Sempena permulaan Persidangan Teknologi Marin selama dua hari, Menteri Negara Kanan Pengangkutan Chee Hong Tat berkata kerjasama sedemikian penting dalam mewujudkan pekerjaan bernilai lebih tinggi dan menarik pekerja muda.

Sumber : CNA/RU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan