Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura mesti terus lindungi ruang bersama masyarakat, gesa DPM Wong

Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong menggesa orang ramai agar memelihara kepercayaan dalam kalangan rakyat atau berdepan dengan risiko kemusnahan negara ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Jul 2022 08:49PM Dikemas Kini : 24 Jul 2022 08:51PM
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong menggesa orang ramai agar memelihara kepercayaan dalam kalangan rakyat atau berdepan dengan risiko kemusnahan negara ini.

DPM Wong berkata demikian dalam satu sesi mendampingi belia hari ini (24 Jul) yang mana beliau juga menggesa masyarakat supaya melindungi ruang bersama.

Beliau turut menggalakkan interaksi dan meningkatkan usaha mendekati rakyat dari pelbagai latar belakang.

Sekitar 200 belia menyertai persidangan Harmony Works!
di mana mereka membincangkan isu-isu seperti identiti rakyat Singapura yang berubah-ubah serta cara-cara untuk mengatasi sikap perkauman dan perbezaan antara generasi.

DPM Wong berkata wadah sedemikian amat berharga memandangkan golongan belia penting dalam usaha memperbaharui kontrak sosial negara.

"Dengan asas hubungan kukuh antara masyarakat, kita akan dapat mencari ruang bersama apabila isu sukar timbul dan kita boleh membina pemahaman lebih teguh melewati batas identiti serta mencari cara-cara untuk maju ke hadapan bersama sebagai satu masyarakat," kata beliau.
Sumber : CNA/RU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan