Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura mahu perhebat kerjasama dengan firma AS perkukuh sistem jagaan kesihatan

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Jun 2023 05:11PM Dikemas Kini : 08 Jun 2023 09:41PM
SINGAPURA: Singapura mahu menjalinkan kerjasama yang lebih rapat dengan firma-firma Amerika Syarikat sedang ia memperbaharui sistem jagaan kesihatannya.

Menyifatkan Amerika sebagai "pencipta" dan Singapura pula sebagai "pelaksana", Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata ada beberapa bidang kerjasama yang boleh diterokai.

Kesihatan digital, misalnya, boleh memacu strategi SG Lebih Sihat.

"Jagaan pencegahan adalah sebahagian daripada kesihatan awam, yang berupaya menawarkan intervensi-intervensi paling berkesan dalam menangani pelbagai risiko kesihatan. Melibatkan penggunaan kaedah digital dalam bidang kesihatan, dirangsang kemajuan dalam kecerdasan buatan (AI) mampu menyokongnya," kata Encik Ong.

Lantaran itu, tambah beliau, Singapura menanti-nantikan lebih banyak aplikasi mudah alih yang mesra pengguna dan mampu menggalak orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat.

Semua ini dikemukakan Encik Ong semasa persidangan pertama jagaan kesihatan anjuran Dewan Perniagaan Amerika di Singapura. Anggota-anggotanya termasuk lebih 50 syarikat jagaan kesihatan Amerika yang mempunyai perniagaan di sini.

Antara bidang-bidang kerjasama yang lain termasuk kesediaan menghadapi pandemik, termasuk meningkatkan keupayaan Singapura menghasilkan vaksin.

Satu lagi bidang kerjasama adalah perubatan jitu untuk menyediakan khidmat jagaan kesihatan lebih khusus serta mencari cara baru merawat penyakit.
Sumber : CNA/AI/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan