S'pura lapor kes kesembilan cacar monyet
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar:iStock/turk_stock_photographer)
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan satu lagi kes cacar monyet pada Isnin (25 Jul).
Ini membawa jumlah kes penyakit itu di Singapura kepada sembilan sejak Jun.
Pesakit merupakan seorang lelaki Filipina berusia 31 tahun, menurut MOH dalam kemas kini di dalam lamannya.
Beliau disahkan positif virus tersebut pada Isnin (25 Jul), empat hari selepas mengalami demam pada 21 Julai. Beliau juga mengalami ruam pada bahagian muka dan badannya, menurut MOH.
Lelaki tersebut mendapatkan rawatan perubatan di Hospital Besar Singapura (SGH) pada Ahad (24 Jul) dan dimasukkan ke hospital pada hari yang sama, tambah MOH.
Pesakit dalam keadaan stabil dan pengesanan kontak masih dijalankan.
Jangkitan lelaki tersebut tidak berkaitan dengan kes jangkitan cacar monyet yang dilaporkan sebelum ini, menurut MOH.
Cacar monyet adalah penyakit virus yang disebabkan oleh jangkitan virus cacar monyet. Ia biasanya penyakit yang boleh pulih dalam masa 14 hingga 21 hari.
Mereka yang dijangkiti biasanya mengalami demam, sakit kepala, sakit otot, sakit belakang, bengkak nodus limfa, menggigil, lesu dan ruam.
Dalam sembilan kes cacar monyet yang dilaporkan di Singapura sejak Jun, empat adalah kes import dan lima adalah kes tempatan. Tiada kes yang berkaitan setakat ini.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.