Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor kematian pertama berkaitan varian Omicron

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Jan 2022 02:37PM Dikemas Kini : 22 Jan 2022 10:14PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan kematian pertama berkaitan varian Omicron pada Sabtu (22 Jan), melibatkan seorang wanita berusia 92 tahun yang terjangkit virus tersebut daripada salah seorang anggota keluarganya. 

Wanita berkenaan belum divaksin dan tidak mempunyai sejarah perubatan yang diketahui, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya. 

Wanita lanjut usia itu meninggal dunia pada 20 Januari, sekitar 10 hari selepas dijangkiti virus tersebut. 

"Berdasarkan siasatan yang dijalankan, para doktor telah membuat kesimpulan bahawa kematian itu disebabkan oleh jangkitan COVID-19, iaitu varian Omicron," dedah MOH. 

"Kepada keluarga dan orang tersayangnya, kami menyampaikan ucapan takziah yang sedalam-dalamnya. MOH dan para kakitangan jagaan kesihatan akan terus melakukan apa sahaja yang termampu untuk menjaga semua pesakit," tambah MOH. 

Sebanyak 3,155 kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura pada Jumaat (21 Jan), yang terdiri daripada 2,794 jangkitan tempatan, manakala lagi 361 adalah kes import. 

Lonjakan pada jumlah kes baru disebabkan oleh penyertaan kes-kes Protokol 2 dalam kemas kini harian MOH. 

Kes-kes Protokol 2 adalah para individu yang sihat dan diuji positif atau dinilai mengalami gejala ringan oleh para doktor. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan