Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor hampir 5,500 kes denggi; melebihi jumlah keseluruhan tahun lalu

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor hampir 5,500 kes denggi; melebihi jumlah keseluruhan tahun lalu

Para pegawai NEA menjalankan kerja-kerja pembasmian nyamuk di kelompok denggi di Woodleigh Close. (Gambar fail: NEA)

SINGAPURA: Hampir 5,500 kes denggi dilaporkan sejauh ini, melebihi jumlah keseluruhan kes sepanjang tahun lalu.

"Ini adalah trend membimbangkan kerana kita baru sahaja dalam bulan April. Kita boleh menjangkakan lonjakan kes pada bulan-bulan akan datang," kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Grace Fu pada Ahad (24 Apr).

Cik Fu berkata demikian di pelancaran Majlis Kebersihan Awam 'Keep Clean, Singapore!' sambil menggesa "tindakan segera bersama" diambil untuk mencegah pembiakan nyamuk.

Ini termasuk membuang sampah dengan betul untuk mencegahnya daripada menjadi tempat pembiakan nyamuk yang tidak disengajakan, kata Cik Fu.

"Denggi adalah satu ancaman kesihatan yang serius. Marilah kita sentiasa berwaspada melawan denggi meskipun keadaan COVID-19 sudah semakin baik," tambah beliau.

Cik Fu juga menyentuh tentang perlunya mengubah tanggapan bahawa pengurusan baik terbatas di dalam rumah sendiri.

"Seluruh Singapura adalah rumah kita," kata beliau.

"Apabila kita berada dalam lingkungan masyarakat, kita harus sentiasa membuang sampah di dalam tong sampah untuk mengelak sampah itu menjadi tempat pembiakan nyamuk yang tidak disengajakan."

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan