Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 945 kes baru COVID-19; dengan 832 jangkitan Omicron & 1 kematian

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 945 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Jumaat (14 Jan), termasuk 363 kes import.

Satu kematian dilaporkan.

Laman MOH turut menunjukkan 832 kes baru varian Omicron disahkan hari ini -  543 daripadanya adalah jangkitan tempatan manakala 289 lagi adalah kes import.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 14 Jan: 945 berbanding 960 pada Khamis (13 Jan)

Kes baru dalam masyarakat: 582
Kes import: 363
Jumlah kes terkumpul sejauh ini: 290,030

KEMATIAN

Kes kematian pada 14 Jan: 1
Jumlah kematian sejauh ini: 840

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 1.38, merosot berbanding 1.43 pada Khamis (13 Jan). 

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya. 

Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 masih meningkat.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 185 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 172 semalam.

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 8
Dipantau rapi di ICU: 11

Seramai 938 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Isnin, 91 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka.

Perangkaan itu dikemas kini termasuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun selepas kumpulan usia itu mula divaksin minggu lalu.

Lengkap divaksin 2 dos: 87 peratus
Baru menerima satu dos: 90 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 50 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan