Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 846 kes baru COVID-19, termasuk 400 kes import

Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 846 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Selasa (11 Jan), termasuk 400 kes import.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 846 kes baru COVID-19, termasuk 400 kes import

Orang ramai melintasi jalan raya di Raffles Place pada 6 Sep 2021. (Gambar: Gaya Chandramohan)

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 846 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Selasa (11 Jan), termasuk 400 kes import.

Tiada kematian dilaporkan.

Laman MOH turut menunjukkan 438 kes baru varian Omicron disahkan hari ini - 159 daripadanya adalah jangkitan tempatan manakala lagi 279 adalah kes import.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 11 Jan: 846 berbanding 750 pada Isnin (10 Jan)

Kes baru dalam masyarakat: 446
Kes import: 400
Jumlah kes terkumpul sejauh ini: 287,243

KEMATIAN

Kes kematian pada 11 Jan: 0
Jumlah kematian sejauh ini: 838

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 1.71, merosot berbanding 1.83 pada Isnin.

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 masih meningkat.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 165 pesakit masih dirawat di hospital, merosot berbanding 169 semalam.

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 17
Dipantau rapi di ICU: 11
Keseluruhan kadar penggunaan ICU: 51.1 peratus, naik berbanding 47.1 peratus pada Isnin

Seramai 529 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Isnin, 91 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka.

Perangkaan itu dikemas kini termasuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun selepas kumpulan usia itu mula divaksin minggu lalu.

Lengkap divaksin 2 dos: 87 peratus
Baru menerima satu dos: 89 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 48 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan