Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 7,938 kes baru COVID-19; 2 kematian

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 7,938 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Jumaat (29 Jul).

Jumlah kes baru itu terdiri daripada 7,629 jangkitan tempatan dan 309‬ ‬kes import.

Dua kematian dilaporkan.

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru COVID-19 pada 29 Jul: 7,938
Kes baru tempatan: 7,629
Kes import: 309

Jumlah kes baru Protokol 2: 7,141

Ini terdiri daripada 6,866 kes tempatan dan 275 kes import.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 797 kes disahkan menerusi ujian PCR.

Sebanyak 763 adalah jangkitan tempatan, manakala 34 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,702,392

KEMATIAN

Kes kematian pada 29 Jul: 2

Jumlah kematian sejauh ini: 1,494

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.88, serupa dengan kadar semalam (28 Jul).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin meningkat.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 719 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 688 yang dicatatkan semalam (28 Jul).

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 64

Dipantau rapi di ICU: 19

Seramai 12,185 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Khamis (28 Jul), 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah lengkap dua dos: 93 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 79 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan