Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 7,776 kes baru COVID-19; 3 kematian

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 7,776 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Khamis (11 Ogos).

Jumlah kes baru itu terdiri daripada 7,262 jangkitan tempatan dan 514 ‬kes import.

Tiga kematian dilaporkan.

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru COVID-19 pada 11 Ogos: 7,776
Kes baru tempatan: 7,262
Kes import: 514

Jumlah kes baru Protokol 2: 7,239

Ini terdiri daripada 6,756 kes tempatan dan 483 kes import.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 527 kes disahkan menerusi ujian PCR.

Sebanyak 506 adalah jangkitan tempatan, manakala 31 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,781,162

KEMATIAN

Kes kematian pada 11 Ogos: 3

Jumlah kematian sejauh ini: 1,546

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.79, naik sedikit berbanding 0.74 semalam (10 Ogos). 

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar kurang 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 686 pesakit masih dirawat di hospital, merosot berbanding 694 yang dicatatkan semalam (10 Ogos).

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 65

Dipantau rapi di ICU: 272

Seramai 3,960 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Selasa (9 Ogos), 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah lengkap dua dos: 93 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 79 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan