Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 777 kes baru COVID-19, termasuk 535 kes Omicron

Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 777 kes baru COVID-19 di Singapura setakat tengah hari Jumaat (7 Jan), termasuk 396 kes import.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 777 kes baru COVID-19 di Singapura setakat tengah hari Jumaat (7 Jan), termasuk 396 kes import.

Dua kematian dilaporkan.

Laman MOH turut menunjukkan 535 kes baru varian Omicron disahkan hari ini - 251 daripadanya adalah jangkitan tempatan manakala lagi 284 adalah kes import.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 7 Jan: 777 berbanding 813 pada Khamis (6 Jan)

Kes baru dalam masyarakat: 366
Kes baru di dormitori pekerja hijrahan: 15
Kes import: 396
Jumlah kes terkumpul sejauh ini: 283,991

KEMATIAN

Kes kematian pada 7 Jan: 2
Jumlah kematian sejauh ini: 837

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 1.69, meningkat berbanding 1.50 semalam.

Ini merupakan hari ke-14 berturut-turut, kadar pertumbuhan itu meningkat.

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 masih meningkat.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 165 pesakit masih dirawat di hospital, merosot berbanding 171 semalam.

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 10
Dipantau rapi di ICU: 1
Sakit tenat di ICU: 12
Keseluruhan kadar penggunaan ICU: 43.2 peratus, merosot berbanding 47.1 peratus pada Khamis.

Seramai 338 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Khamis, 91 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka.

Perangkaan itu dikemas kini termasuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun selepas kumpulan usia itu mula divaksin minggu lalu.

Lengkap divaksin 2 dos: 87 peratus
Baru menerima satu dos: 89 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 44 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan