S'pura lapor 750 kes baru COVID-19; lebih separuh adalah jangkitan varian Omicron
Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 750 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Isnin (10 Jan), termasuk 487 kes import.

Gambar: TODAYonline
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 750 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Isnin (10 Jan), termasuk 487 kes import.
Tiada kematian dilaporkan.
Laman MOH turut menunjukkan 389 kes baru varian Omicron disahkan hari ini - 126 daripadanya adalah jangkitan tempatan manakala lagi 263 adalah kes import.
Berikut maklumat yang perlu anda tahu:
KEMAS KINI KEADAAN
Kes baru pada 10 Jan: 750 berbanding 845 pada Ahad (9 Jan)
Kes baru dalam masyarakat: 263
Kes import: 487
Jumlah kes terkumpul sejauh ini: 286,397
KEMATIAN
Kes kematian pada 10 Jan: 0
Jumlah kematian sejauh ini: 838
Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 1.83, meningkat berbanding 1.80 pada Ahad.
Ini merupakan hari ke-17 berturut-turut, kadar pertumbuhan itu meningkat.
Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.
Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 masih meningkat.
KEADAAN DI HOSPITAL
Seramai 169 pesakit masih dirawat di hospital, meningkat berbanding 164 semalam.
Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 16
Dipantau rapi di ICU: 11
Keseluruhan kadar penggunaan ICU: 47.1 peratus, naik berbanding 46.3 peratus pada Ahad
Seramai 530 pesakit dibenarkan keluar hospital.
PERKEMBANGAN VAKSINASI
Setakat Ahad, 91 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka.
Perangkaan itu dikemas kini termasuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun selepas kumpulan usia itu mula divaksin minggu lalu.
Lengkap divaksin 2 dos: 87 peratus
Baru menerima satu dos: 89 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 47 peratus
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.