Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura lapor 6,175 kes baru COVID-19; 4 kematian

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 6,175 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Ahad (24 Jul).

Jumlah kes baru itu terdiri daripada 5,950 jangkitan tempatan dan 225 ‬kes import.

Empat kematian dilaporkan.

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru COVID-19 pada 24 Jul: 6,175
Kes baru tempatan: 5,950
Kes import: 225

Jumlah kes baru Protokol 2: 5,509

Ini terdiri daripada 5,317 kes tempatan dan 192 kes import.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 666 kes disahkan menerusi ujian PCR.

Sebanyak 633 adalah jangkitan tempatan, manakala 33 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,659,156

KEMATIAN

Kes kematian pada 24 Jul: 4

Jumlah kematian sejauh ini: 1,476

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.98, jatuh sedikit berbanding 0.99 semalam (23 Jul).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin meningkat.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 738 pesakit masih dirawat di hospital, turun berbanding 739 yang dicatatkan semalam (23 Jul).

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 69

Dipantau rapi di ICU: 21

Seramai 9,367 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Sabtu (23 Jul), 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah lengkap dua dos: 93 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 79 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan